genting..

genting..

Monday, July 26, 2010

skybridge @ KLCC

Bf saya teringin sgt nak naik skybridge ni.Saya pon nak jugak try nanti. Klu u all minat nk pegi jugak,bole la bace pasal details kat bawah ni..mane la tau bole membantu.. ;)

Sedikit Info Tentang Sky Brige

Location of the sky bridge Levels 41 and 42
Length of the sky bridge 58.4 metres
Heigth of the sky bridge 170 metres

Skybridge Visits

The Skybridge of PETRONAS Twin Towers is open to public visits since May 2000. Admission is free, although visitors have to queue up for tickets.
Visiting hours are from 9 am to 7 pm daily except Mondays.

Visit Information
Visit Days: Tuesday to Sunday (closed on Monday)
Visit Hours: From 9 am to 7 pm (closed for Friday Prayer from 1pm to 2:30pm)

Issuance of Tickets
From 8:30 am daily except Monday


important Notice

Please be advised that all visitors enter these premises at their own risk. PETRONAS, its subsidiaries, related companies and affiliates and its or their directors, officers, employees and agents will not be responsible for any loss or damage to the property or personal belongings of, nor for any injury or death suffered by, any visitor howsoever caused during the visit.

Friday, July 23, 2010

Get Perfect Curls-tengok ajela even tho menyampah tgk model dia ni.hehe

petua orang dulu-dulu untuk kurus kan badan..

Hari tu jalan2 dekat shopping mall.tengok kejap badan dekat cermin( dinding) Ya Allah,gemuk nye aku.Malu juga tapi tak tau nak buat mcmne..Setelah pk2 balik,baik pegi google carik teknik kuruskan badan. Sape nk try,try la.Honestly,saya blom try lagi.Nanti la cuti baru try..
Ni dia yang boleh anda amalkan untuk kuruskan badan iaitu dengan meminum air asam jawa dan bonglai. Kalau anda tak tahu ape kebende bonglai tu, boleh rujuk gambar kat bawah ni;


Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar)
Pokok Bonglai (Zingiber Cassumunar) - kanchanapisek.or.th


Apa yang perlu anda buat adalah:
1. Ambil segenggam asam jawa yang telah diperah pekat.
2. Ambil sedikit akar kunyit dan akar bonglai.
3. Kemudian rebus perahan air asam jawa, akar kunyit dan akar bonglai dengan menggunakan 2 gelas air sehingga mendidih.
4. Bila air rebusan dah mendidih, biarkan ia sejuk dulu.
5. Lepas tu, minumlah air rebusan tersebut pada setiap pagi.
6. Amalkan sekali jer dalam sehari.

Jom kita cuba!!

Tuesday, July 13, 2010

RESIPI KUIH SAMPERIT BEST! jom try nak..

Kan da nak raya kan,so semua orang mest tengah sibuk pk nak buat kuih apa raya tahun ni. Dari tak tau nak buat ape tu kan,ape kata tr resipi ni..Kalau menjadi tu, raya nanti jgn lupe ajak saya datang rumah ye..hehe..

Bahan2 yang diperlukan

1 cawan mentega

¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila
Secubit garam
 
Satukan:


1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder

Cara-cara buat

1.Pukul mentega dengan gula hingga rata.
2.Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi hingga sebati.
3.Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.
4.Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C

Siap...

Official SALT Trailer - In Theaters 7/23/2010

Huishhh..gempak kan trailer dia..Berlakon mcmni ni la baru layak menang anugerah. Ni tak,asal muka cun, blakon kayu pon boleh menang..Tak mencabar langsung...(bunyi bongkak)haha..

SALT

Mcm2 tajuk filem ada sekarang ni. Jangan pelik pulak ye 27hb ni ada cerita garam..Jom kawan kitatgk ramai2..Karang saya upload movie trailer dia...Best..Mesti tonton!

Paper Bag Curls Tutorial : No Heat

Memandangkan ini blog saya, jadi kebanyakan video,pics and entry ini semua berkisar tentang kesukaan saya. Video ni dah lama dah jumpe dlm youtube tapi baru hari ni rasa nak tayang kat sini.Enjoy la ok!!

Monday, July 12, 2010

faces of death. when magic goes wrong

ini memang ngeri sgt..klu lemah semangat jangan tengok..

Life of a food lover

Semua orang tau aku mmg kuat makanTengok saiz la pulak kan.hihi..Aku suka makanan yang best2 and benda yang pelik sikit..yummy..kat sini ak ade letak beberapa makanan yg best yg aku paling paling paling suka di dunia..indahnya klu kat rumah boleh buat..nyum!

patutnye ade nasik skali+ miso sup

Tempat yang aku nak suggest : 1) Teppanyaki - Times Square 2) Mr. Teppanyaki - Cineleisure

                                                                                             Lamb syawarma

Tempat yang nk di suggest : Castle Jalan Aman, Damai. Kalau kat situ aa cecah dgn yogurt sekali. Sedap sgt..

GHOST BUSTER

kali ni entry aku pasal hantu plak..aiyak..sejak bile plak aku berkecimpung dalam dunia perubatan tradisional ni?jgn tanya la weh sebab aku pon tak tahu.. =)

ILMU MENGESAN JIN DISEKITAR RUMAH ANDA

Amalkan membaca Selawat Tafrijiyyah 3x tiap-tiap lepas solat untuk sebatikan dalam badan.Kemudian baca 1x selawat ini dalam hati,lalu depa dan luruskan tangan anda ditempat/penjuru yang mana anda hendak kesan,fokuskan sepenuhnya pada tapak tangan anda.Jika terasa semacam ada vibrate ditapak tangan anda,maka dikawasan itu adanya jin...

Sunday, July 4, 2010

PAC PTD

Penah tak mak u all mintak benda yg pelik2 dari u all.Mesti penah kan..Mak saya pon sama.Permintaan yang saya anggap pelik tu sebanarnya tak ada la pelik mana pon untuk orang normal.Tapi untuk org yang heran sikit macam saya ni,itu sungguh pelik dah memeritkan.Saya dipaksa untuk ke ujian PAC untuk PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik).Mak saya mmg nak sangat saya jadi PTD.Yg mana pada saya kerjaya sebagai PTD tu sungguh sukar nak digapai sebab dia ada byk sgt stage and test2 dia semua susah.Tapi memandangkan saya anak yang solehah(solehah la sgt.hehe..) saya pon pergi jugak ke IKWAS,Kluang utk Program PAC.

Malam sebelum ke PAC,
Pak Itam bg sikit tips dan sahsiah rupa diri.Baju itu tak boleh,suar ini tak boleh..Erm siksa juga..Abis la duit2 yg dh dilaburkan untuk beli semua tu sebab sudah nya saya cume pinjam baju gabak2 pak itam punya dgn suar track mcm anak sedara saya( wawa) pakai pegi sukan.ermmm..nasib la..Bila saya tgk rupa saya dalam cermin,saya nampak mcm gaban,or robokop(ejaan main hentam) je dengan baju dan seluar track yang kembang dan melambai2 bile saya berjalan.adusss..

Hari PAC,
Semua orang pon mcm dah jumpa kawan.Saya je yang tak ada.Malu tau sebab tak ada kawan nak sembang and tanya pendapat.Tapi tu untuk permulaan sahaja.Bila dah start program,tetiba kawan saya jadik ramai..(wah,belagak betul..huhu..)
Program 1st die mcm public speaking bahasa melayu tp isi bole bincang dalam group. Saya orang yang last sekali dipanggil untuk public speaking.Kawan2 yg lain semua helpful.Asal dorang abis je bercakap dan bole keluar jumpa kami yg lain2 kat luar,semua bg tips kat saya.Best nyee...

Orang yg penah ada pengalaman ngn PAC ni byk je yang pesan supaya jangan terlalu menonjol.Buat biasa je tapi jangan pasif sgt.Saya tak tahu la saya ni kategori yang mana.Saya dah cuba dgn sebaik nya.Jadi doakan saya berjaya ye...  ;)