Penah tak mak u all mintak benda yg pelik2 dari u all.Mesti penah kan..Mak saya pon sama.Permintaan yang saya anggap pelik tu sebanarnya tak ada la pelik mana pon untuk orang normal.Tapi untuk org yang heran sikit macam saya ni,itu sungguh pelik dah memeritkan.Saya dipaksa untuk ke ujian PAC untuk PTD(Pegawai Tadbir Diplomatik).Mak saya mmg nak sangat saya jadi PTD.Yg mana pada saya kerjaya sebagai PTD tu sungguh sukar nak digapai sebab dia ada byk sgt stage and test2 dia semua susah.Tapi memandangkan saya anak yang solehah(solehah la sgt.hehe..) saya pon pergi jugak ke IKWAS,Kluang utk Program PAC.
Malam sebelum ke PAC,
Pak Itam bg sikit tips dan sahsiah rupa diri.Baju itu tak boleh,suar ini tak boleh..Erm siksa juga..Abis la duit2 yg dh dilaburkan untuk beli semua tu sebab sudah nya saya cume pinjam baju gabak2 pak itam punya dgn suar track mcm anak sedara saya( wawa) pakai pegi sukan.ermmm..nasib la..Bila saya tgk rupa saya dalam cermin,saya nampak mcm gaban,or robokop(ejaan main hentam) je dengan baju dan seluar track yang kembang dan melambai2 bile saya berjalan.adusss..
Hari PAC,
Semua orang pon mcm dah jumpa kawan.Saya je yang tak ada.Malu tau sebab tak ada kawan nak sembang and tanya pendapat.Tapi tu untuk permulaan sahaja.Bila dah start program,tetiba kawan saya jadik ramai..(wah,belagak betul..huhu..)
Program 1st die mcm public speaking bahasa melayu tp isi bole bincang dalam group. Saya orang yang last sekali dipanggil untuk public speaking.Kawan2 yg lain semua helpful.Asal dorang abis je bercakap dan bole keluar jumpa kami yg lain2 kat luar,semua bg tips kat saya.Best nyee...
Orang yg penah ada pengalaman ngn PAC ni byk je yang pesan supaya jangan terlalu menonjol.Buat biasa je tapi jangan pasif sgt.Saya tak tahu la saya ni kategori yang mana.Saya dah cuba dgn sebaik nya.Jadi doakan saya berjaya ye... ;)
No comments:
Post a Comment