genting..

genting..

Wednesday, March 24, 2010

aku dan kasut




aku memang gila kasut.walaupon kaki cuma ada dua, tapi kegilaan aku pada kasut memang tak bole dinafikan lagi.Ni ada satu peristiwa pasal aku dan kasut.Time tu aku dari umah nak merayap ke lot 10. biasala kan kalau hari cuti apa lagi aktiviti yg menarik kalau bukan merayap bersama teman2.bukan buat ape pon, setakat ukur2 jalan, kira bilangan traffic lite n tgk2 fesyen orang lalu lalang. Mana la tau kot2 bole jadi inspirasi.




Nak di jadikan cerita, ari tu aku dah lambat. hp asyik la berdering.malas aku nak angkat. bukan ape, pedih telinga dengar kawan2 jerit tanya kat mana.Nak ckp dah on the way macam jawapan sama je dari masa aku baru start nak mandi.xkan on the way lagi..ye tak..?




Jenis aku kalau dalam kereta suka bukak kasut. Tak kira la kalau aku yang drive ke aku jadi penambah beban ke, mmg aku akan bukak kasut. Di sebab kan aku terlalu gelabah,aku cepat2 sarung kasut dan terus tergopoh-gapah berlari2 anak nak pegi kat kawan2 yg dah berzaman menunggu ni. Sepanjang perlarian anak aku tu, aku perasan semua orang yang lalu sebelah aku akan tengok aku dan bisik2. Rasa nak marah, tp takpe la.ustazah aku dulu cakap kalau orang ngumpat kita, pahala dia semua bagi kat kita..so dalam ati aku cume berterima kasih je la pada yang ngumpat2 tu.




Setiba nya aku kat zebra crossing, aku pon berhenti sementara tunggu lampu hijau. Time tu la aku dengar ada suara budak kecik kat blakang aku tanya mak dia agaknya, " mak, kenapa kakak ni pakai selipar sebelah kasut sebelah?"




hah! Sepantas kilat mata aku pon tros tengok ke kaki sendiri. TOINGGG!


Alamak, aku rase mcm nak pinjam tong sampah DBKL ni nak tutup kepala.Maluuuuu. Mcm mane la aku bole tak perasan ada selipar surau mak aku dalam kereta ni....??halahmak..Dengan langkah longlai, aku pon mematah kan diri balik ke parking kereta. Kali ni aku tgk betul2,sama tak kasut yang aku pakai kat dua2 belah kaki..

No comments:

Post a Comment