genting..

genting..

Friday, June 4, 2010

SURAT DARI ISTERIMU KEPADA ABANG SEMPENA PIALA DUNIA

Aritu abg anta surat pada ayg,n ayg dh bace. smpai 33 kali ayg bace sebab ayang tak paham abg tulis ape sbb grammar bahasa melayu abg pon byk salah..ni surat abg,baik abg bace balik :

Ke hadapan,


Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1. Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2. Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.

3. Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4. Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5. Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6. Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7. Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8. Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9. Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :

a) Abang tak akan pergi,

b) Abang tak akan pergi, dan

c) Abang tak akan pergi.

10. Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11. Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12. Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe

P/S

Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.

Terima kasih atas kerjasama sayang.
 
SO NI AYANG PLAK REPLY PADA ABANG
 
 
Kepada suamiku yg tercinta,
 
Ayang sangat paham kehangatan piala dunia yg bakal berlangsung tak lama lagi ni. Yela 4 tahun lepas pon mcm tu jugak.So ayang dah immune. Kali ni ayang dah amek langkah berjaga2.khas untuk menyenangkan abang..
 
1) Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010 mmg ayang akan bace surat khabar bhgian sukan.sebab ape ye? sebab abang mmg xsuke bace surat khabar, yang abang tau cume majalah gosip artis..dh 16 taun kite kawen, dah nak masuk 4 kali piala dunia dunia, ayang yang tolong bace kan untuk abang sbb nanti senang abang nak bercerita dgn kwn2 abg walhal abang tak tau ape2 pon. Ayang ni yang jadik pemberita abang..lupe dah ke?
 
2)Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian.Itu betul.Tapi ayang nak tukar remote yang power cikit yang bole pasang timer.Sebab dah bape kali piala dunia, tv tengok abang.Ayang yang tolong tutup kan tiap2 pagi. Sekurang-kurangnye klu ade timer tu,tv tu akan tertutup sendri bile abang dah start ke bulan..EKONOMI..
 
3)Ayang takkan jalan depan tv abang punyela jgn risau sbb ayang plan nak alih kan tv abang ke stor letak cangkul,periuk besar hadiah kawen kite dulu tu n koleksi stereng2 kerete lame abang tu. Lg mudah untuk abang cz anak2 kite xkn kacau abg n ayg pon komfem tak lalu depan abang mase abang tengok bola.
 
4)Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan.Ayg tak kesa sebab mase piala dunia nanti ayang takkan gi pasar,gi giant or tesco.so makanan kita tak ada. Ayang dgn anak2 plan nak makan kat chillies hari2.pinjam ye kredit card abang..thanks..
 
5)Kereta VIOS ayg susa nk rosak. Kan baru beli lg.Abang la patut hati2 sebab DATSUN abg dah tua sgt. Ayg cume bole pesan,klu abang plan nak tgk bola kat luar,tak payah la bawak kereta sebab takut nanti kereta sangkut tengah jalan. Jangan kata polis,ayang pon tak nak tolong sebab ayg malas nak bawak kereta VIOS ayg keluar, minyak mahal skang.
 
6) Ayg tak penah ckp " nasib baik piala dunia 4 tahun sekali".yg selalu cakap mcmtu kan abg sbb bile bil credit card sampai, bil abg panjang berjela2.Ayg dgn anak2 yang guna buat mkn kat chillies ari2,buat pegi shopping beli extra tv cz tv kite abg conquer,buat bayar bil elektrik yg lebih dr hari biase n buat blanje ayg dgn anak2 tido hotel cz anak2 nk tengok kartun smbil jerit2 kat hotel.klu kat umah,nanti abg marah..hihihi..
 
p/s : secara jujurnya ayang suke piala dunia.klu buat tiap2 tahun pon ayang gembira..
 
 
 

No comments:

Post a Comment